Blogger Templates

Wednesday, September 22, 2010

encik Wan B + Dr Ilias :)

bahagian A : 'Looking Back'

sepanjang hampir 3 bulan berada di USM dan belajar di PPPBP, pelbagai perkara yang telah dapat saya pelajari dan alami. antara perkara yang saya pelajari adalah, berfikiran kreatif, berfikir di luar kotak, kerjasama, sabar dan sebagainya. melalui projek-projek yang telah diberikan, pemikiran yang kreatif dan matang perlu untuk menghasilkan satu produk yang berkualiti dan berguna. pelbagai projek telah diberikan dan kebanyakkannya memerlukan penggunaan buluh. disini, saya telah mempelajari sesuatu tentang kelestarian. selain itu, setiap hari Jumaat, sesi syarahan akan diberikan dan kami didedahkan tentang nilai-nilai dalam kehidupan contohnya, tentang perkara yang kita nampak dan tidak nampak secara langsung seperti ego, sayang, dengki, kerjasama dan sebagainya. saya harap, lebih banyak lagi perkara-perkara baru yang akan dapat saya pelajari dan dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik :)

bahagian B : 'looking forward'

dengan apa yang saya ade sekarang dan perkara-perkara yang akan saya pelajari kelak, saya sangat berharap dapat menyumbang sesuatu kepada pembangunan di Malaysia. lebih-lebih lagi jika saya mengendalikan sesuatu projek bangunan nanti, saya akan memastikan projek itu mempunyai nilai kelestarian yang tinggi. selain itu, saya juga ingin menyumbang sesuatu jika ada bencana alam yang terjadi kepada dunia. contohnya, dalam pembinaan PONDOK jika banjir besar melanda. selain itu, saya juga nak sangat melihat penggunaan barang-barang yang tidak boleh diguna semula diminimumkan penggunaannya seperti penggunaan plastik dan polistrin.
saya akan berusaha menjadi seorang yang berjaya :)








bahagian C : kuburan YAHUDI


tak pernah terfikir pun nak sampai kat tempat macam ini :)
akhirnya, pertama kali dalam hidup.


dalam perjalanan ke Jalan Zainal Abidin yang dikenali sebagai Jalan Yahudi pada waktu dahulu.




selamat sampai setelah berjalan agak jauh dari plaza Komtar.



sepanjang Jalan Zainal Abidin.



sampai ke PERKUBURAN YAHUDI.



pandangan dari luar kawasan perkuburan.












salah satu bentuk kubur di situ.



kubur ini luaran nya berbentuk batu.




berbentuk rumah.




nama si mati :/






MOMEN TERINDAH!





seterusnya, kami diarahkan untuk membuat satu monumen.


monumen ini dikehendaki diperbuat daripada buluh. dengan terhasilnya onumen ini, diharapkan ia akan menjadi peninggalan dari saya yang akan mengingatkan generasi akan datang tentang diri saya :)

No comments:

Post a Comment