Blogger Templates

Saturday, September 4, 2010

HARI RAYA assignment :)

sebelum pulang bercuti hari raya, encik wan b sempat memberi kami ole-ole secara online :) kali ini, kami perlu mereka sebuah 'survival kit'. kami juga perlu mereka kit ini berpandukan ciptaan dari pihak USM.




ini adalah 'survival kit' yang saya reka.

ini pula adalah bahagian dalam kit saya. ia mempunyai poket di dalam nya.



dari ciptaan pihak USM.


saya telah memilih 3 ciptaan dari pihak USM. ciptaan yang saya pilih ini, saya jadikan barang-barang yang boleh dibawa di dalam kit saya. saya memilih ciptaan ini kerana saya rasakan ia adalah antara yang terbaik.


PERTAMA


invention pertama yang saya pilih ialah :

MDRP : food grade biosorbent from durian skin.

saya memilih invention ini kerana ia mempunyai beberapa kebaikan seperti :

*menghilangkan logam kuat dari badan
*diekstrak dari bahan buangan
*boleh larut
*boleh dikapsulkan

ciptaan ini juga amat sesuai dimakan untuk sesiapa yang terdedah kepada bahan logam kuat. bahan logam kuat yang terserap dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kegagalan buah pinggang dan sistem reproduktif untuk berfungsi dan sebagainya. ciptaan ini boleh dihasilkan dalam bentuk kapsul dan sesuai dimakan. ia akan membantu mengeluarkan bahan logam yang terserap di dalam badan melalui air kencing.


KEDUA


ciptaan yang kedua, saya telah memilih ciptaan :

' A New Generation of Fibre Source From Jackfruit Seed Flour in the Production of Health Bread '

ciptaan ini berdasarkan tentang tepung yang dibuat dari buah biji nangka. tepung ini mempunyai banyak kelebihannya seperti :

*senang diproses
*sesuai untuk semua lapisan umur
*sumber fibre, protein dan kanji

*menghalang sembelit


tepung ini boleh juga dijadikan makanan seperti roti dan ia baik untuk kesihatan.


KETIGA



ciptaan ketiga yang saya pilih ialah :

' Disposable, Zero-Waste, Eco-Friendly Probe (BioPHA) for Monitoring the Performance of Biological Wastewater Treatment System On-Site '

ciptaan ini juga turut mempunyai banyak kelebihan dan sesuai dibawa di dalam IBU. ciptaan ini:

*boleh mengesan tahap kebersihan air
*boleh terhapus secara semulajadi
*tidak memerlukan bateri untuk menggunakannya


ciptaan ini boleh digunakan untuk mengesan aktiviti mikroorganisma di dalam air. jika air itu mempunyai tahap aktivit mikroorganisma yang tinggi, filem 'BioPHA' akan menghilang dengan cepat dan itu bermaksud air itu tidak bersih.




ciptaan yang pertama dipilih, saya reka kapsul yang diletakkan di dalam botol supaya senang dan selamat di bawa di dalam ' Survival Kit ' saya. ciptaan ini boleh membantu manusia dari segi kesihatan. ciptaan yang kedua pula, saya reka ia di dalam bungkusan. ciptaan yang saya pilih ini, boleh membantu manusia dari segi bantuan makanan berkhasiat. ciptaan ketiga yang saya pilih pula, membantu manusia dari segi mengenalpasti tahap kebersihan air memandangkan air adalah salah satu keperluan utama manusia.







saya mengucapkan salam lebaran :)

No comments:

Post a Comment