Blogger Templates

Wednesday, July 28, 2010

MASQUERADE

26 Julai 2010,satu lagi projek telah diberi..kami,pelajar-pelajar PBP perlu membuat dua jenis topeng..topeng pertama,kami perlu membuat topeng untuk muka kami sendiri dan topeng kedua,kami perlu membuat ekspresi muka..


saya mulakan dengan membeli barang-barang keperluan



saya menampal tisu di muka untuk mendapatkan bentuk muka. biarkan sehingga kering.



selepas itu,saya mengoyakkan surat khabar menjadi cebisan dan merendamkannya. seterusnya,saya menampal ke bentuk muka yang telah diperoleh.



selepas kering,saya mewanakan dengan warna putih. saya sapukan dengan gam setelah warna putih kering supaya permukaan nyer menjadi rata.



selepas gam kering,saya mulakan dengan mewarna topeng muka itu.

saya mulakan dengan mewarna warna kulit. selepas itu,saya warnakan bahagian mata,bibir an kening.


berjaya siapkan !





ini adalah gambar topeng kedua yang saya buat. saya membuatnyer melalui proses yang sama tetapi menggunakan warna yang berbeza dan ekspresi muka yang berbeza. tpeng ini,saya bahagikan kepada dua, sebelah kanan berwarna putih.ia menggambarkan ekspresi kesedihan.
sebelah kiri, berwarna hitam,tetapi menggambarkan ekspresi gembira.

No comments:

Post a Comment