Blogger Templates

Friday, November 5, 2010

berakhir sudah STUDIO untuk semester 1 :(

29 november 2010, jam 9 malam, kami semua pelajar-pelajar school of housing, building and building berkumpul kat dome besar yang kami buat..kat situ kami adakan jamuan dan persembahan pendek oleh semua pelajar..



dekat dalam dome besar ni, kami sediakan pentas kecil untuk persembahan dan ucapan oleh ketua pelajar dan studiomasters :)






ada BBQ..ayam dan kambing...OMG...serius ramai jugak yang tak makan kambing tu..anyway,, time tu saya makan banyak sangat :D



bergambar kenangan bersama :(



berakhirnya majlis ni, bermaksud tamat sudah aktiviti kami :(
terima kasih sangat2 kat studiomaster sebab semua aktiviti yang kitorang buat sebenarnya banyak mematangkan diri kitorang. memang kenangan dengan kawan2 dan studiomasters tak kan dapat dilupakan..



p/s : picture credit to azimkasroh :)

Monday, October 25, 2010

the BIG dome :))

projek kali ini adalah projek yang sangat2 lama proses nya...kami dikehendaki membuat dome yang sangat besar. setiap orang menyumbangkan satu atau dua 'strut' yang diperbuat daripada buluh. untuk proses permulaan, kami perlu pergi ke tempat mengambil buluh yang disediakan. kami perlu memilih buluh yang sesuai dengan diameter dan ukuran bagi bahagian masing-masing.










tamat bahagian pertama :))






bahagian kedua pula bermula..kami perlu memastikan buluh yang telah kami potong tadi boleh muat dengan paip yang dijadikan sebagai penghubung antara strut.




penat sangat2..









bahagian ketiga. kami mula memasang strut mengikut ukuran dan bahagian masing2. kami mula memasang dari bawah.





bahagian ketiga telah gagal sebab kebanyakan strut tidak kukuh dan tak ikut ukuran dengan betul. jadi, setiap strut kena diperbetulkan dan di skru..sebelum di skru, strut di periksa ok ke tak ok baru boleh skru. ramai jugak la yang menangis kena buat baru,,heheh..termasok lah saya :| penat tu... buat sampai malam buluh2 ni. nasib ada tukang buat air..kurang sikit,..thanx jia, apen dan laen2.


minggu berikutnya, kami memasang dome dari bahagian atas pula. setelah yakin strut telah kukuh. proses bermula pada jam 9.00 pagi pada 24 okt 2010.







sama-sama angkat buluh :)












berat!!!!





siap dan kepenatan :[




walau macam mana pun, kami tetap enjoy!!!!
:)))))
terima kasih kepada semua studiomaster terutamanya encik wan B :)
studio 101 dalam kenangan.

Tuesday, October 12, 2010

10 EXHIBITION

1 october 2010, kami telah mendapat satu tugasan. kami perlu membentuk satu dimensi yang dibuat dari kertas yang keras.


kami perlu menggunting kertas yang mempunyai ukuran dimensi ini. sebelum tu, kena fotostat dulu. satu keping, rm6, so, dapat bayangkan tak besar mana???

lepas dah gunting, kami tekap kan pulak kat atas kertas keras tu.




lepas tu, gunting kertas keras tu, dan bentuk kan die menjadi dimensi.


kat dimensi tu, kami perlu menampal gambar2. saya memilih gambar berdasarkan perkara yang menjadi titik tolak perubahan dalam diri saya.


proses menampal bermula :))



siap!!


Sunday, October 3, 2010

BIG

pada 4 Oktober 2010, pelajar tahun satu Pusat Pengajian Perumahan,Bangunan dan Perancangan menghadiri satu sesi perbincangan tentang Bamboo Interested Group(BIG). perbincangan ini dikendalikan oleh Encik Wan Burhanuddin . berdasarkan perbincangan semalam, Encik Wan telah memperkenalkan organisasi BIG seterusnya serba sedikit aktiviti BIG dan matlamat. BIG menggunakan buluh untuk membuat semua orang transform ke tahun 2012 dan hasilnya akan dilihat sepanjang tahun 2013. selain itu, perkara menarik yang saya dapati dalam sesi perbincangan semalam adalah, Encik Wan turut memperkenalkan orang-orang yang telah memberi respond kepada BIG. orang-orang ini adalah orang yang turut berminat untuk menyertai BIG.

Encik Wan juga turut menyatakan kenapa buluh yang digunakan. buluh digunakan kerana ia mempunyai 7 titik APEX iaitu:
masa hadapan
kelainan
kelestarian
kemanusiaan
kesejagatan
perubahan
perngorbanan

namun begitu, titik APEX yang ketujuh tidak ada pada buluh tapi datang dari manusia itu sendiri.
seterusnya, sesi soal jawab bermula dan ada la soalan dari beberapa orang pensyarah dan siswa.

antara soalan dan jawapan yang saya sempat dengar:

"how BIG facing the problem of bamboo and how long it take to grow. Is there any part of the world has bamboo plantation? " -pensyarah-

"we have faced skin problem and bamboo came is not preserved si it nedd to be preserved. about the plantation, our jungle, 10 percent is bamboo "

ni yang saya dengar la, tak tau betul ke tak :)

lepas tu ada lagi soalan,,tapi saya tak berapa nak dengar dan ada yang tak paham :/


























Wednesday, September 22, 2010

Rakit Survival :))

22 september 2010. hari yang di nanti-nanti kan bagi kami semua kerana kami akan menaiki rakit :)
lepas dah buat macam-macam persiapan, kumpulan saya (love1b) nak naik rakit dah!
yahoo!!


kami mengangkat rakit kami ke kolan renang :)

p/s: sebenarnya ELA (kiri sekali) sakit kaki. tengah-tengah kami bawak rakit die terkehel kaki pula..huhu..die action je tu.




nampaknya, saya dan shuhada je lah yang naik rakit tu. ni bergambar tepi kolam sebelum naik :)


kami mula naik rakit,,takot!


kami cuba seimbangkan rakit,,



gambar ni sangat-sangat lawak!hihi
memang nak terjatuh sebab WAN B baru je tendang rakit kami supaya pergi ke tengah !



rakit kami terapung!hihi


kami dah sampai ke hujung kolam..masa untuk naik!hii


kami selamat naik ke tepi kolam :)


kami seronok!
:))

aktiviti ni mengajar kami erti kerjasama antara ahli kumpulan dan berfikir secara kreatif. momen terindah untuk kami :)

encik Wan B + Dr Ilias :)

bahagian A : 'Looking Back'

sepanjang hampir 3 bulan berada di USM dan belajar di PPPBP, pelbagai perkara yang telah dapat saya pelajari dan alami. antara perkara yang saya pelajari adalah, berfikiran kreatif, berfikir di luar kotak, kerjasama, sabar dan sebagainya. melalui projek-projek yang telah diberikan, pemikiran yang kreatif dan matang perlu untuk menghasilkan satu produk yang berkualiti dan berguna. pelbagai projek telah diberikan dan kebanyakkannya memerlukan penggunaan buluh. disini, saya telah mempelajari sesuatu tentang kelestarian. selain itu, setiap hari Jumaat, sesi syarahan akan diberikan dan kami didedahkan tentang nilai-nilai dalam kehidupan contohnya, tentang perkara yang kita nampak dan tidak nampak secara langsung seperti ego, sayang, dengki, kerjasama dan sebagainya. saya harap, lebih banyak lagi perkara-perkara baru yang akan dapat saya pelajari dan dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik :)

bahagian B : 'looking forward'

dengan apa yang saya ade sekarang dan perkara-perkara yang akan saya pelajari kelak, saya sangat berharap dapat menyumbang sesuatu kepada pembangunan di Malaysia. lebih-lebih lagi jika saya mengendalikan sesuatu projek bangunan nanti, saya akan memastikan projek itu mempunyai nilai kelestarian yang tinggi. selain itu, saya juga ingin menyumbang sesuatu jika ada bencana alam yang terjadi kepada dunia. contohnya, dalam pembinaan PONDOK jika banjir besar melanda. selain itu, saya juga nak sangat melihat penggunaan barang-barang yang tidak boleh diguna semula diminimumkan penggunaannya seperti penggunaan plastik dan polistrin.
saya akan berusaha menjadi seorang yang berjaya :)








bahagian C : kuburan YAHUDI


tak pernah terfikir pun nak sampai kat tempat macam ini :)
akhirnya, pertama kali dalam hidup.


dalam perjalanan ke Jalan Zainal Abidin yang dikenali sebagai Jalan Yahudi pada waktu dahulu.




selamat sampai setelah berjalan agak jauh dari plaza Komtar.



sepanjang Jalan Zainal Abidin.



sampai ke PERKUBURAN YAHUDI.



pandangan dari luar kawasan perkuburan.












salah satu bentuk kubur di situ.



kubur ini luaran nya berbentuk batu.




berbentuk rumah.




nama si mati :/






MOMEN TERINDAH!





seterusnya, kami diarahkan untuk membuat satu monumen.


monumen ini dikehendaki diperbuat daripada buluh. dengan terhasilnya onumen ini, diharapkan ia akan menjadi peninggalan dari saya yang akan mengingatkan generasi akan datang tentang diri saya :)